http://www.bestbettingsites.uk/

Jun 22, 2006

complaint against UM library

I am frustrated with the service offered in UM main library. Even though the library will be closed in 30 minutes, the librarians will start switching off lights and computers and ask students to leave.

I was particularly mad yesterday when one of the librarian purposely switched off the main power in one of the computer lab specially for postgrad. I was on my way out when suddenly the lights were out. Some students were doing their work and of course whatever they were doing or typing, all the data were gone! So rude! At that time, it was just 7.45 pm and the library will only be closed in 15 minutes. Or at least, the librarian should inform the students to save their data as he will close the main power. Even the promoters at shopping centre doesn't chase customers away 15 minutes before their premise is closed so that they have time to pack their stuff and switch off lights.

I've sent an email to the head librarian, the head of customer service and QAMU (Quality Assurance Management Unit) to complain about the matter.

Selamat pagi,

Saya merupakan seorang pascasizwazah ingin melahirkan perasaan kecewa tentang layanan yang diberikan kepada para pengguna di Makmal Komputer B.

Semalam (pada pukul 7.40pm, 21 Jun 2006) setelah diumumkan bahawa perpustakaan akan ditutup dalam masa 30 minit, seorang pustakawan (yang tidak akan saya nyatakan nama di sini) telah masuk ke Makmal Komputer B yang dikhaskan untuk pelajar pasca ijazah. Dengan nada yang tinggi, pustakawan tersebut memberitahu bahawa perpustakaan akan ditutup pada masa itu (sedangkan pengumuman mengatakan akan ditutup dalam masa 15 minit lagi). Saya mula meninggalkan bilik tersebut. Ketika saya melangkah keluar dari bilik berkenaan, pustakawan tersebut dengan sengajanya menutup suis bekalan yang terdapat di dalam Makmal Komputer B. Ini bermakna semua maklumat dalam komputer yang sedang digunakan oleh beberapa orang pelajar yang masih berada di dalam bilik itu telah hilang kerana suis bekalan elektrik telah ditutup tanpa pengetahuan mereka. Paling mengecewakan, pustakawan tersebut membuat seperti dia tidak sengaja berbuat demikian.

Para ketua pustakawan sekalian,
Ini bukannya kali pertama pustakawan berbuat demikian untuk "menghalau" (rasanya tidak berlebihan untuk saya mengatakan demikian) pelajar walaupun masa tutup perpustakaan belum sampai. Pustakawan harus bersikap lebih profesional dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada para pengguna. Seperti masa tutup yang dijanjikan iaitu pada pukul 8 pm, perpustakaan UM harus menyediakan perkhidmatan sehingga waktu berkenaan. Masa 30 minit (atau 15 minit sekalipun) sebelum masa tutup bukannya masa untuk pustakawan berkemas untuk pulang. Seperti pasar raya, promoter tidak akan menghalau pelanggan keluar 30 minit sebelum premis mereka ditutup dengan alasan mereka ingin mengemas barang atau menutup lampu untuk pulang.

Universiti Malaya ialah sebuah universiti bertaraf antarabangsa dan begitu juga dengan Perpustakaan Utama yang merupakan gedung ilmu dan tempat yang paling akrab dengan pelajar. Diharap para ketua pustakawan sekalian akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pengguna.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...